Tuesday, 30 January 2018

              ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS


PENGENALAN

Kajian kami ialah mengenai zaman penjajahan di Tanah melayu iaitu membincangkan secara kritis mengenai zaman penjajahan Portugis di Tanah melayu dan kesannya kepada Tanah Melayu . Dalam kajian kami terdapat beberapa objektif utama iaitu mengenal pasti faktor penjajahan Portugis , mengenal pasti faktor penentangan terhadap penjajahan, mengetahui reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan dan mengaji kesan penjajahan kuasa asing ke Tanah Melayu. Apabila  dunia Eropah terdedah  dengan aktiviti penerokaan dan penjajahan , Tanah Melayu turut menjadi tumpuan  Kuasa Barat. Alfanso De Albuquerque dilantik sebagai Waizurai Portugis di India sebelum menawan Kota Melaka pada tahun 1511, dan sejarah juga membuktikan bahawa Tanah Melayu juga pernah di jajah oleh dua kuasa barat yang lain itu Belanda (1641-1824)  dan British (1824-1957) dan satu kuasa timur iaitu Jepun (1941-1945). 


FAKTOR PENJAJAHAN PORTUGIS

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan Melaka ialah Alfonso de Albuquerque. Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka, rombongan Lopez de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun,Lopez de Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada Alfonso de Albuquerque .Dengan alasan penahanan rombongan tersebut, Alfonso de Albuquerque telah menghantar angkatan tenteranya untuk menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai 1511  tetapi tidak Berjaya dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh Portugis pada bulan Ogos 1511 apabila Portugis menyerang Melaka Buat kali kedua.


 Kesan Penjajahan Portugis di Tanah Melayu


                         
Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130 tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini, antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.  

Reaksi Masyarakat Terhadap Penjajahan Portugis




Reaksi Masyarakat Tanah melayu pada penjajahan Portugis pada masa ini adalah menentang secara habis-habisan  kerana salah satu faktor penjajahan Portugis ke Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan agama Kristian sedangkan di Melaka agama islam telah dianuti oleh majoriti masyarakat di Melaka.Selain itu , dengan tindakan memecahkan monopoli perdaganagan telah mendatangkan kemarahan  masyarakat Tanah melayu terhadap portugis.

 



Pengajaran dan Kesan dari topik


Pengajaran yang kami perolehi daripada Zaman Penjajahan Portugis ke Melaka ini ialah jangan mudah percaya akan tipu muslihat oleh kuasa asing  misalnya portugis pada permulaan hanya ingin berdagang tetapipada masa yang sama mereka berhasrat untuk memecahkan monopoli perdagangan yang terdapat di Melaka sejak Zaman Melayu Melaka lagi . Selain itu , Kita sebagai pengaut agama Islam perlulah mempertahankan agama islam .
Kesannya , kita kita terlalu percayakan kata-kata kuasa asing maka , akan musnahkan Negara yang telah  dijuangkan oleh nenek moyang kita dahulu . selain itu , jika kita tidak memepertahankan agama islam maka agama islam tidakkan berkembang sehingga kini dan jika penyebaran agama Kristian pada zaman Penjajahan portugis berjaya disebarkan maka, agama islam tidak akan menjadi agama rasmi di Malaysia tetapi sebaliknya .


Kesimpulan 


Kesimpulannya adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan-kerajaan melayu di tanah air suatu ketika dulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Oleh itu harapan kami kepada generasi masa kini ialah menghayati dan menghargai sejarah Negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Fenomena ini juga menjadikan tamudan Malaysia hari ini padat dengan gabungan asimilasi dan sikritisme berbagai-bagai budaya yang membentuk budaya Malaysia yang unggul. Sebagai warganegara , kita perlu mengetahui asal usul bangsa sendiri dengan pengetahuan ini maka akan dapat melahirkan warganegara yang sayang akan Negara dan tidak mudah lupa diri apabila berada di Negara orang. kami cadangkan supaya pelajar-pelajar di Malaysia menitikberatkan hal yang berkaitan dengan sejarah-sejarah Malaysia agar dapat mengenang jasa-jasa pahlawan Negara yang sanggup berkorban untuk mempertahankan tanah air daripada dijajah. Sekian terima kasih.


GROUP 1
Ahli Kumpulan                                                                         No Matrix
1. ILIYA IQBAL BIN AWANG                                           22DAG17F2073

2. MUHAMAD HAMIZAN BIN ABDUL HAMID           22DAG17F2103

3. MUHAMAD AZZAM MAULA MAT JUSOH              22DAG17F2066

4. ABDUL JABBAR BIN YAHAYA                                   22DAG17F2033

5. MOHAMAD AMIRUL AFFIQ SYAH BIN ANUAR    22DAG17F2116



No comments:

Post a Comment

              ZAMAN PENJAJAHAN PORTUGIS PENGENALAN Kajian kami ialah mengenai zaman penjajahan di Tanah melayu iaitu membincangkan s...